Home > Past Events > BALING RELIEF MISSION 2009

BALING RELIEF MISSION 2009

Program IMAM yang diberi nama ‘Baling Relief Mission’ ini telah memilih Kampung Legong dan Kampung Charuk Bemban yang terletak di Baling, Kedah. Kawasan ini dipilih kerana kawasan ini merupakan antara kawasan paling miskin di Malaysia, justeru kebanyakan penduduknya kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat kesihatan.

Selain itu, terdapat juga beberapa faktor lain seperti kekurangan doktor, kurangnya kesedaran tentang kepentingan kesihatan di kalangan penduduk, masalah kesihatan seperti malnutrisi dan sakit tua serta masalah sosial seperti penagihan dadah dan kes curi kabel yang berleluasa. Di samping itu, suatu program motivasi di SMK Jerai, Kupang, Baling, Kedah telah dirangka khusus untuk pelajar tingkatan empat dan lima yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru, ‘Baling Relief Mission’ ini diharapkan dapat menjadi suatu platform untuk menyediakan bantuan dan khidmat sama ada dari sudut perubatan, kesedaran tentang kepentingan kesihatan serta bantuan bekalan asas kepada penduduk di kawasan yang terlibat. Selain itu, misi perubatan ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada para pelajar perubatan untuk merasai pengalaman menyertai ‘relief mission’ sebegini sekaligus memberi pendedahan kepada mereka terhadap kerjaya kedoktoran. Di samping itu, ‘relief mission’ ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar untuk menyempurnakan subjek elektif mereka dan mendedahkan mereka terhadap kerjaya kedoktoran di luar hospital.

Laporan Lengkap Baling Relief Mission boleh didapati di http://balingmission09.wordpress.com/

Advertisements
Categories: Past Events
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: